1.0 PENGENALAN
Program
Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi
menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan
sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi
perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.
Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah
yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu
selaras dengan hasrat negara.
Pelaksanaan
BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia
dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model
kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.
2.0 MATLAMAT
Membentuk generasi pemimpin yang
mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum
di samping menerapkan nilai-nilai cintakan negara, harmoni, mampu berdikari dan
megharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial dan budaya
disamping menanamkan disiplin yang tinggi di dalam diri pelatih malalui
aktiviti bina insan guru.
3.0
OBJEKTIF
- Melengkapkan
sukatan GERKO.
- Memberi
peluang kepada pelatih guru untuk mendalami ilmu kepimpinan melalui tunjuk
cara, amali, dan aktiviti-aktiviti tertentu.
- Melatih
pelatih guru dalam cara menguruskan pelajar secara tidak langsung
mencungkil dan mengembangkan bakat dalam bidang kepimpinan yang ada dalam
diri pelatih guru.
- Memberi
peluang kepada pelatih guru untuk mendapatkan pengalaman sebenar dalam
merancang program BIG serta menjalankan aktiviti luar.
· Membina
kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
· Mempamerkan
daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.
· Memupuk
semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
secara berkumpulan.
· Berupaya
berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
4.0
LAPORAN SEBELUM BIG
Pada semester pertama Program Ijazah
Sarjana Perguruan, kami telah diwajibkan mengikuti program BIG iaitu program
perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sebelum itu, seluruh ahli
pelatih guru unit K telah beberapa kali mengadakan mesyuarat untuk menentukan
organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program
perkhemahan itu berlangsung, pelbagai persiapan telah dilakukan termasuklah
buku program, alatan-alatan perkhemahan serta barang-barang memasak. Begitu
juga dengan kertas kerja, anggaran kewangandan lain-lain yang dirasakan perlu.
Setelah
beberapa kali perbincangan dibuat antara ahli serta dengan bimbingan pensyarah
kami telah bersetuju untuk menjalankan program perkhemahan di Pangkor Village
Beach Resort, Pulau Pangkor. Kelas kami juga telah bergabung dengan beberapa
kelas lain bagi menjalankan program ini bersama. Oleh kerana program BIG ini
bergabung dengan beberapa kelas lain, maka AJK induktelah bersetuju untuk
membahagikan tugas-tugas mengikut kelas bagi meringkankan kerja-kerja
penyelengaraan sewaktu berada di sana.
5.0
LAPORAN SEMASA BIG
5.1 Hari pertama (Isnin, 23 April
2012)
Pada hari pertama, kami berkumpul di garaj
bas pada pukul 7 pagi dan bersiap untuk ke Pulau Pangkor. Setelah semua pelatih
tiba, pengerusi memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan serta
mengingatkan AJK peralatan berhubung peralatan yang perlu dibawa ke tempat
perkhemahan. Disebabkan bilangan peserta BIG kali ini ramai, kami telah menyewa
3 bas ke sana.
Kami tiba di jeti pada pukul 11 pagi dan
disana kami sekali lagi diberi taklimat supaya semua pelatih bekerjasama untuk
membawa barang-barang ketika menaiki bot. Setibanya kami di resort tersebut,
pensyarah pembimbing telah memberikan taklimat ringkas mengenai penyediaan
tapak dan seterusnya kami di minta untuk mendirikan khemah.
Setelah itu, pada pukul 5 petang, kawad kaki
telah diadakan untuk melatih kami menjadi lebih berdisiplin. Kami telah
diajarkan beberapa langkah asas kawad dengan berkesan. Beberapa demonstrasi
dilakukan oleh para pelatih menjadikan kami lebih faham. Setelah itu, kami
diberi masa untuk bersiap untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti terakhir pada
hari pertama ialah latihan dalam kumpulan dimana kami diberi peluang untuk
berbincang mengenai topic yang telah diberi. Selain itu, LDK tersebut telah di
bombing oleh seorang pensyarah dan bebarapa tutor setiap kelas.
5.2 Hari kedua (Selasa, 24 April 2012)
Pada hari kedua, seperti telah dijadualkan
untuk kami bermula dengan Solat dan tazkirah subuh kami beralih kepada aktiviti
Malaysia Cergas serta nyanyian lagu patriotik dan Negaraku. Aktiviti ini telah
diketuai oleh ketua kem serta seorang fasilitator. Pada hari tersebut, kami
telah diberitahu oleh pensyarah pembimbing, bahawa aktiviti kembara telah
ditukar dengan aktiviti air. Semua pelatih guru telah dibawa turun kepantai
untuk belajar cara berenang dengan selamat serta cara pemakaian jaket
keselamatan dengan betul. Bermula dengan latihan berenang, kami seterusnya
dibawa jauh dari pantai dan kami dilepaskan seorang demi seorang untuk berenang
semula ke pantai.
Setelah aktiviti air dijalankan, kami diberi
masa untuk mengurus diri dan solat serta makan tengahari. Stelah itu, pada
pukul 2 petang,aktiviti pembinaan jati diri bermula dan semua pelatih guru
ditempatkan didalam dewan. Latihan dalam kumpulan diteruskan lagi pada malam
tersebut dengan bimbingan pensyarah serta tutor kelas masing-masing.
5.3 Hari ketiga
(Rabu, 25 April 2012)
Pada hari ketiga seperti biasa kami
menunaikan solat serta tazkirah pagi kami beralih kepada senaman pagi. Kemudian
kami diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti kembara oleh pensyarah
pembimbing. Setiap unit diberi sebuah beg yang mengandungi pelbagai alatan yang
akan kami gunakan ketika memasuki hutan dan beberapa alatan memasak. Seterusnya
kami bergerak menyusuri jalan dan kemudian mendaki bukit untuk menuju ke
destinasi yang telah ditetapkan. Setelah selesai dengan aktiviti kembara, kami
beralih pula dengan pembinaan jati diri berkumpulan didalam dewan. Pada petang
tersebut, kami diberi masa untuk berehat dan membuat persediaan untuk
persembahan malam itu. Kami telah mewujudkan satu AJK yang bertanggungjawab
untuk menyediakan pentas malam kebudayaan. Pada malam tersebut, kami telah
dihidangkan dengan makanan bakar yang telah disediakan oleh AJK makanan. Setiap
kumpulan membuat persembahan masing-masing mengikut tema yang telah diberi.
5.4 Hari keempat
(Khamis, 26 April 2012)
Pada hari keempat iaitu hari terakhir kami
berada di sana, kami diberi masa untuk mengemas barang-barang serta alatan
untuk dibawa pulang. Pada pagi tersebut, majlis perasmian dan penutup telah
berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan menerima hadiah berupa hamper. Setelah
semua selesai, kami pun berangkat pulang. Kami menaiki bot dan pulang ke IPG
dengan menaiki bas.
6.0
LAPORAN SELEPAS BIG
Selepas program perkhemahan ini
berakhir, saya dapati bahawa aktiviti yang telah dijalankan amat memberi kesan
terhadap perkembangan diri pelatih guru. Suasana perkhemahan sedikit sebanyak
memberi pengalaman pertama kepada pelatih guru untuk menyesuaikan diri dengan
alam persekolah sekiranya di hantar ke sekolah pendalaman. Sesi refleksi yang
telah dijalankan oleh tutor dan pensyarah pembimbing dapat memberi peluang
untuk memberi maklum balas serta berkongsi pengalaman. Setiap daripada pelatih
guru kebanykannya berharap aktiviti seperti ini tetap akan terus dijalankan
pada masa akan datang.
Penyelaras program juga amat
berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak terutamanya pelatih guru serta tutor dalam melaksanakan
program ini dengan jayanya. Katanya lagi jika tiada sokongan daripada kami
semua maka program perkhemahan ini tidak dapat berjalan lancar seperti
dirancangkan.
7.0
REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur
kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya
saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui
semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 23-26
April 2012, Unit K13 Bahasa Inggeris ambilan Januari 2012 telah mengadakan
program perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Pangkor Village Resort, Pulau
Pangkor.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan
usaha setiap pelatih guru serta kerjasama yang diberikan oleh setiap unit.
Ketika menjalankan program tersebut saya dapat merasakan sikap bekerjasama
amatlah penting dalam menjalankan aktiviti luar agar dapat menyelesaikan
masalah dengan mudah dan berkesan. Saya juga telah berlajar untuk memberi
pertolongan ketika rakan-rakan kelas memerlukan bantuan, terutamanya ketika
menjalankan aktiviti memasak didalam hutan.
Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan
yang agak mendalam terhadap diri saya. Sebabnya ialah saya dapat belajar cara
untuk berenang dengan baik dan melaksanakan aktiviti air dengan efektif. Selain
itu saya juga dapat merasai kepuasan dari segi usaha gotong-royong yang
mendatangkan faedah apabila giliran kami untuk menyediakan makanan.
Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk bercakap
didepan khalayak apabila terpilih untuk memberikan tazkirah subuh kepada
rakan-rakan. Perkongsian ilmu secara ilmiah dapat memeberi kesan kepada saya
dalam menambahbaik cara penyampaian maklumat. Begitu juga dengan peluang untuk
menyuarakan pendapat serta pandangan terhadap sesuatu dalam usaha mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah aktiviti perkhemahan
amat penting dalam mendidik pelatih guru dalam pelbagai aspek dan bukan sahaja
menjadi cergas dan cerdas. Nilai-nilai murni dapat dibentuk selama aktiviti ini
berlangsung. Pengalaman yang telah ditimba ini sekurang-kurangnya memberi kesan
terhadap masa depan saya sebagai seorang guru. Selain itu, program BIG juga
dapat memberi peluang kepada setiap pelatih guru untuk membaiki kelemahan dan
mengasah bakat terutamanya dalam kepimpinan.
No comments:
Post a Comment