1.0
PENGENALAN
Pendidikan Seni
Visual merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata
pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi marcapada ini kearah
celik budaya kesenian serta dapat merialisasikan falsafah pendidikan kebangsaan
dimana ia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Topik-topik yang
diperkenalkan dalam pendidikan seni visual disesuaikan untuk menegaskan
penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek
kritikan. PSV juga lebih menjurus kepada seni tampak dan visual berbanding
dengan seni lain seperti seni muzik, sastera, tari atau sebagainya.
PSV diperkenalkan
bertujuan memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat di samping
memperkembangkan kesedaran terhadap nilai-nilai seni dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain. Selain itu, sukatan pelajaran PSV disusun
dalam empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kurikulum PSV menggariskan guru
perlu memainkan pelbagai peranan bagi menentukan keberkesanan pemindahan ilmu,
kemahiran dan nilai kepada murid.
2.0
KEPELBAGAIAN PERANAN YANG PERLU DILAKSANAKAN UNTUK
MENJADI GURU PSV YANG BERKESAN
Untuk menjadi seorang guru
yang cemerlang, seseorang guru itu perlu menggunakan cara yang terbaik dalam
melaksanakan aktiviti pengajajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru
itu, dalam konteks Pendidikan Seni Visual, guru berperanan sebagai pemudah cara
kepada murid di dalam kelas dimana guru perlu menunjukkan cara yang terbaik
supaya murid-murid dapat belajar dengan sempurna. Sebagai pemudah cara, guru
perlu berinteraksi dengan murid-murid supaya komunikasi sosial akan dapat
diwujudkan. Menurut Lev Vygotsky, beliau percaya bahawa interaksi sosial
kanak-kanak dengan orang lain yang lebih berpengetahuan memainkan peranan
penting dalam perkembangan kognitif mereka. Jadi guru seharusnya memberi
panduan yang bagus kepada murid-murid agar mereka dapat belajar dengan baik dan
seterusnya dapat melakukan kerja mereka dengan sendiri. Dari segi itu juga,
murid-murid secara tidak langsung dapat belajar menghadapi dan menyelesaikan
masalah harian termasuk cara mereka menimba ilmu.
Melihatkan kepada tujuan
kurikulum Pendidikan Seni Visual diperkenalkankan ia adalah bertujuan memberi
peluang kepada murid-murid untuk memupuk minat dan memberi kesedaran terhadap
nilai-nilai kesenian dalam diri mereka. Oleh itu guru memainkan peranan penting
dalam memudah cara murid-murid untuk menimba seberapa banyak ilmu sama ada
secara langsung atau tidak langsung melalui pendidikan seni. Sebagai contoh,
seorang murid dapat belajar perkataan baru seperti mengenal pelbagai jenis
warna serta mengenal pelbagai jenis kata nama am melalui pendedahan seni visual
oleh guru-guru di sekolah. Hal ini dapat dilihat ketika guru melakukan aktiviti
seperti membuat kolaj gambar buah-buahan. Murid-murid dikehendaki mereka
buah-buahan masing-masing dan menulis nama buah-buah tersebut. Jadi dengan ini
mereka dapat mengenal nama-nama buah serta dapat dihubungkaitkan dengan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung menambah pembendaharaan
kata murid-murid di sekolah.
Selain itu, bagi memupuk
minat murid-murid, guru berperanan dengan memberi tunjuk ajar serta mendedahkan
murid dengan pelbagai hasil seni kepada mereka. Sebagai contoh, murid-murid
yang tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang lukisan mahupun apa bentuk
karya seni visual sekalipun akan dapat memupuk minat mereka dengan bersama-sama
terlibat dalam aktiviti melukis dan mewarna menerusi subjek Pendidikan Seni
Visual. Dengan dorongan dan bantuan guru, mereka dapat berfikir bahawa melukis
itu mudah dan dalam pada masa yang sama minat terhadap aktiviti kesenian akan
meningkat. Tunjuk ajar yang diberikan juga perlu memberi fokus terhadap cara
untuk menghasilkan karya seni seperti asas melukis dan sebagainya.
Selain daripada itu,
murid-murid disekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Jadi, peranan guru sebagai pendidik haruslah mengembangkan sifat-sifat
tersebut melalui persepsi visual, imanginasi dan meningkatkan daya pemikiran
mereka. Sebagai contoh, guru boleh menunjukkan pelbagai hasil lukisan atau seni
visual kepada murid-murid agar mereka dapat melibatkan diri dengan memberi
komen serta membuat apresiasi seni. Usaha guru dalam mengembangkan sifat-sifat
tersebut akan menghasilkan murid-murid yang mempunyai minda yang kritis dan
kreatif.
Di samping itu juga, untuk
menjadi guru PSV yang berkesan, guru perlu sentiasa peka terhadap perkembangan
setiap anak muridnya. Setiap murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza,
oleh itu, pendekatan setiap guru PSV juga perlu dipelbagaikan. Sebagai contoh,
dalam sebuah kelas, ada beberapa orang murid yang tidak mempunyai kemahiran
dalam seni, jadi guru perlu peka terhadap situasi ini dengan memberikan
aktiviti yang mudah bagi murid-murid itu belajar di samping menerima apa yang
diajarkan dalam kelas tersebut. Guru-guru juga perlu ingat bahawa murid-murid
belajar dengan penglibatan aktif di dalam kelas. Kepekaan guru dalam hal ini
memudahkan guru untuk mengajar serta melibatkan murid-muridnya secara aktif dalam
aktiviti pendidikan seni. Hal ini juga mendorong murid-murid menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan minda dengan baik.
Guru juga perlu memberi
latruhan pengukuhan atau pemulihan bagi murid-murid yang belum menguasai
kemahiran-kemahiran asas seni. Dengan kepekaan guru, murid-murid dapat
melaksanakan aktiviti pengukuhan dengan baik supaya dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran mereka. Hal ini tidak boleh di pandang remeh kerana dengan tidak
memberi penekanan terhadap latihan pengukuhan, murid-murid akan sedikit
sebanyak tertinggal dalam proses pembelajaran di sekolah. Guru perlu peka dalam
setiap perkembangan pembelajaran murid-murid supaya dapat menyediakan latihan
yang sesuai bagi tahap mereka.
Di samping mempunyai sifat
peka, guru perlu mempunyai sifat ramah dan dapat menghormati murid-murid kerana
murid-murid sekolah rendah keseluruhannya mempunyai imaginasi yang tinggi dan
kreatif. Oleh itu, guru harus menghormati setiap idea dan hasil kerja seni yang
mereka hasilkan. Dengan ini murid-murid akan berasa diterima dalam proses
pembelajaran justeru meningkatkan lagi produktiviti mereka yang kreatif dalam
menghasilkan sebuah hasil seni yang bermutu.
Seterusnya, guru berperanan
dalam membantu murid-murid memahami diri dan persekitaran mereka. Dengan
pendedahan yang dilakukan oleh guru PSV dalam kelas seperti mengajar pelbagai
jenis bidang kegiatan seni visual sedikit sebanyak membantu murid-murid untuk
lebih menghargai nilai sesebuah hasil seni dan nilai-nilai yang baik dalam
semua aspek kehidupan. Aktiviti seni visual dan muzik juga boleh diperkenalkan
kerana dengan integrasi antara dua atau lebih pembelajaraan akan membantu
proses perkembangan ilmu murid-murid. Muzik dan pergerakan memudahkan proses
menghubungkaitkan semua benda dalam alam ini. Justerus itu, seni
dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.
Tambahan lagi, guru yang
berkesan ialah guru yang mampu untuk membimbing anak murid dalam mewujudkan
suasana kelas yang kolaboratif dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya
pembimbing yang bagus dalam pengalaman belajar murid, ini akan membantu mereka
untuk menambah baik ilmu sedia dalam subjek PSV. Proses pembelajaran akan
berlaku sekiranya murid-murid diberi peluang melakukan atau bertanggungjawab
atas pembelajaran mereka. Sebagi contoh guru membimbing murid melakukan
aktiviti melukis dimana guru menolong murid-murid memegang pensel dan
menggunakan teknik yang betul.
Guru yang cemerlang juga
perlu memainkan peranan sebagai motivator. Kebanyakan murid-murid yang baru
mengenal dunia seni, mereka agak malu dan tidak bersemangat untuk bersama-sama
menghasilkan karya seni. Pada mereka subjek pendidikan seni ini adalah subjek
yang rumit kerana mereka juga beranggapan bahawa mereka tidak tahu untuk melukis
jadi ia menjadi satu penghalang kepada mereka. Guru memainkan peranan sebagai
motivator dengan memberi kata-kata semangat dan dorongan yang sepatutnya kepada
murid-murid agar mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar, khususnya
dalam subjek PSV. Dengan keyakinan yang tinggi murid-murid akan dapat belajar
secara optimum dan menyeronokkan.
Selain itu, ia juga dapat
memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Sebagai contoh, guru memberi peluang kepada murid-murid memilih bahan dan alat
yang boleh digunakan untuk aktiviti seni visual. Peluang untuk memilih memberi
satu keyakinan kepada mereka bahawa mereka bebas untuk memulakan hasil seni
mereka tanpa rasa ragu-ragu. Begitu juga dengan memberi rangsangan seperti mempamerkan
hasil seni mereka sebagai usaha bertesusan dalam memotivasikan murid dalam
menghasilkan lagi karya seni di sampin merialisasikan objektif subjek
Pendidikan Seni Visual.
3.0
SUSUN ATUR BILIK SENI VISUAL BAGI MELAKSANAKAN
KEEMPAT-EMPAT BIDANG PSV KBSR YANG BERKESAN
Sukatan pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
Rajah 1: Empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual
Merujuk kepada sukatan
pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai
bidang seni. Pengalaman seni ini adalah untuk mengalakkan pemikiran kritis dan
kreatif. Begitu juga pengalaman ini dapat diselaraskan dengan perkembangan
peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor serta
persepsi visual.
Setiap daripada empat bidang
di atas menekankan aspek seperti pemerhatian secara aktif, interaksi yang
kritis dan kreatif dengan menggunakan bantuan alat dan bahan. Selain itu, aspek
yang ditekankan dalam bidang-bidang tersebut ialah membuat apresiasi seni
visual secara ringkas serta menghargai nilai-nilai seni yang baik. Daripada pembelajaran
yang dapat daripada subjek ini, murid-murid dapat mempelajari pelbagai
pengajaran dan ini dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.
Bagi melaksanakan
keempat-empat bidang tersebut, susun atur bilik pendidikan seni perlu di ambil
berat kerana pengurusan bilik seni merupakan aspek penting dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran. Bilik PSV bukan sahaja berfungsi sebagai ruang
pembelajaran, malah ruang untuk interaksi antara murid dan guru. Susun atur
yang baik dapat memudahkan pengurusan bahan-bahan pengajaran bagi melaksanakan
pelbagai bidang pendidikan seni visual.
Kedudukan perabot
termasuklah sususan meja dan kerusi perlu berada di tempat yang sesuai supaya
guru dapat mengurus pergerakan dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.
Kedudukan yang baik menentukan suasana selamat, kondusif dan lancar.
Pengurusan bilik seni
sekolah rendah dapat memberi guru peluang untuk mengambil pelbagai tindakan dan
mengaplikasikan strategi bagi mengekalkan suasana yang menyeronokkan bagi
menentukan proses pembelajaran yang efektif.
Berpandukan pelan bilik seni
sekolah rendah, susun atur yang sesuai bagi melaksanakan keempat-empat bidang
kegiatan PSV KBSR telah dirangka. Rujuk rajah 2.
Rajah 2 : Pelan susun atur bilik seni sekolah rendah
Petunjuk
A
|
Meja dan kerusi
|
I
|
Sudut pameran 3 dimensi
|
B
|
Sudut info tokoh seni tanah air
|
J
|
Ruang kerja – arca/ukiran
|
C
|
Sudut pameran
|
K
|
Sudut pemaran kraf
|
D
|
Pameran gantung
|
L
|
Zon kerja
|
E
|
Sinki
|
M
|
Papan kenyataan
|
F
|
Roda pemutar tembikar
|
N
|
Almari
|
G
|
Kotak simpanan
|
O
|
Meja guru
|
H
|
Papan tulis
|
P
|
Rak berus dan warna
|
Susun atur bilik seni visual
yang bagus dapat melaksanakan kepempat-empat bidang kegiatan seni visual yang
menekankan terhadap pelbagai aspek kurikulum. Pertama sekali ialah bidang
menggambar, dimana bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, sturktur,
imbangan dan komposisi.
Rajah 2 menunjukkan pelan
susun atur bilik seni sekolah rendah yang telah dirangka bagi tujuan
melaksanakan bidang-bidang pendidikan seni visual dengan berkesan. Berdasarkan
pelan susun atur teresebut, bidang kegiatan seperti lukisan, catan, kolaj,
percikan dan sebagainya dapat dijalankan dengan sempurna kerana susun atur
bilik darjah tersebut mempunyai ruang yang cukup bagi murid-murid menghasilkan
hasil seni mereka. Tambahan pula dibahagian belakang bilik seni tersebut ada
disediakan ruang bekerja. Disana mereka boleh membuat perbincangan serta
mencari idea bagi menghasilkan karya yang ingin mereka hasilkan. Begitu juga
dengan bahan-bahan asas seperti berus dan warna juga ada disediakan dan mudah
untuk mereka mendapatkannya. Bahan-bahan tersebut diletakkan di kawasan
berdekatan dengan sinki supaya mudah untuk membersihkan apabila sudah selesai
menjalankan aktiviti kesenian.
Selain itu, dalam proses
kegiatan menggambar, murid-murid perlu mempunyai daya imaginasi yang tinggi
bagi menghasilkan karya yang bermutu. Oleh itu, sudut pameran juga disediakan
bagi mebantu murid-murid mendapatkan idea mereka. Bidang ini juga menekankan
perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Murid-murid bebas
melakukan kerja mereka di dalam bilik seni supaya mereka dapat mengekspresikan
idea dan daya imaginasi mereka dalam bentuk hasil kesenian.
Sudut pameran hasil
seni murid
Sudut pameran hasil seni
murid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mempamerkan hasil seni, bahkan ia
menjadi satu dorongan secara tdiak langsung murid-murid merasakan diri mereka
dihargai dan akan terus menghasilkan karya seni. Di samping itu, ia akan
meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mempelajari subjek pendidikan seni.
Bukan itu sahaja, malah dengan hasil seni yang mereka hasilkan, mereka juga
akan dapat belajar pelbagai ilmu menerusi proses penggabung jalinan dalam mata
pelajaran seni visual.
Papan pameran seni
Tambahan lagi, pengurusan
bilik seni visual merupakan suatu aspek dalam konteks poses pengajaran dan
pembelajaran PSV. Jadi guru perlu berusaha menjadikan bilik seni sebagai daya penarik
dan sumber ilmu kepada murid untuk belajar dengan baik. Selain daripada hasil
kerja murid, hasil kerja seni guru juga boleh dipamerkan di dalam bilik seni.
Dalam pada masa yang sama,
kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi
fokus kegiatan menggambar. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan dalam
mempamer pelbagai jenis gambar seni lukisan alam sekitar di sudut pameran di
dalam bilik seni.
Aktiviti melukis, membuat
montaj, percikan dan pelbagai aktiviti menggambar lain dapat dijalankan dengan
adanya meja yang luas dan murid-murid boleh duduk dalam kumpulan melakukan
kerja bersama-sama. Begitu juga dengan ruang bahagian depan kelas memudahkan
murid-murid dan guru mempersembahkan hasil seni dan apresiasi hasil kerja
mereka. Kegiatan menggambar juga dapat memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, sususan dan
kesannya. Ini sedikit sebanyak membolehkan murid-murid menyelaras apa yang
dilihat dan dialami dengan melakukan sesuatu kerja.
Jadi dengan kegiatabn seni
ini, apresiasi seni visual dapat dilakukan agar murid-murid dapat pengalaman
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dar segi keindahan dan fungsi. Dengan adanya ruang yang cukup,
murid-murid dapat melibatkan diri dengan menyatakan apa yang dilihat dari aspek
seni melaui hasil kerja.
Contoh hasil kolaj
murid-murid
Seterusnya, bidang membuat
corak dan rekaan pula memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil deripada bidang kegiatan
lain seperi binaan, kraf dan sebagainya. Kegiatan yang menghasilkan corak
adalah seperti pualaman, titisan, ikatan dan celupan, renjisan, dan tiupan.
Corak yang dihasilkan adalah corak tidak terancang.
Kegiatan menghasilkan
corak dari teknik pualaman
Contoh kegiatan
menghasilkan corak dari teknik ikatan dan celupan
Penghasilan corak
dari teknik renjisan
Bagi melaksanakan aktiviti
membuat corak dan rekaan, murid-murid memerlukan bahan-bahan dan seperti warna,
kertas berus dan sebagainya. Jadi, berdasarkan susun atur bil seni visual
tersebut, bahan-bahan seni diletakkan derdekatan dengan antara satu sama lain
supaya memudahkan aktiviti membuat corak dapat dilaksankan dengan sempurna.
Contoh bahan-bahan
kegiatan melukis
Selain daripada corak tidak
terancang, corak terancang juga dapat dilaksanakan dengan kegiatan melukis,
kolaj, kaligrafi, cetakan, resis dan sebagainya. Bidang ini secara tidak
langsung membolehkan murid mengenali pelbagai corak dalam alam dan kehidupan
seharian.
Contoh penghasilan
corak menimbulkan unsur harmoni
Bidang ini bukan sahaja
menekankan pelbagai aspek kurikulum PSV, malah membolehkan murid-murid
mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan. Pengurusan
bilik seni dengan susun atur yang terancang, murid-murid dapat mengekspresikan
hasil seni dengan mudah kerana pelbagai kemudahan dapat di gunakan dalam
melaksanakan aktiviti membuat corak. Kemudahan sinki di dalam bilik seni juga
memudahkan kegiatan membuat corak kerana memudahkan urusan pembersihan alatan
dan menggunakan air sebagai medium membuat corak.
Selain daripada kegiatan
membuat corak dan rekaan, bidang kegiatan lain juga boleh di aplikasikan di
dalam bilik seni seperti membentuk dan membuat binaan. Bidang kegiatan seni ini
menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Murid-murid akan lebih paham dan
jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Contoh pembinaan
model
Selain pembinaan model,
murid-murid juga boleh mengaplikasikan kegiatan ini dengan membuat boneka atau
topeng. Ini juga dapat mendedahkan murid dengan penggunaan bahan, alat, dan
teknik penghasilan. Dengan ini, murid-murid juga dapat melakukan kerja secara
kreatif dan berinteraksi dengan berkesan semasa menjalankan proses penghasilan
seni.
Contoh kegiatan
membuat topeng
Contoh hasil binaan
tiga dimensi murid
Kegiatan
membuat binaan juga merangkumi aktiviti membina arca dan mobail. Aktiviti ini
memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Berdasarkan
pelan bilik seni tersebut, bagi melaksanakan aktiviti membuat arca dan
sebaginya ada disediakan di belakang kelas dengan meja yang luas. Jadi
murid-murid boleh menggunakan ruang yang ada untuk menghasilkan arca mereka
dengan keadaam yang selesa. kedudukan meja kerja adalah amat sesuai agar guru
dapat menguruskan bilik seni dengan baik dan terancang.
Kegiatan yang terakhir ialah
mengenal kraf tradisional. Guru memainkan peranan penting dalam memberi input
dan memperkenalkan kraf tradisonal negara Malaysia. Kraf tradisional adalah
kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta
masyarakat yang diwarisi turun-temurun.
Berpandukan pelan bilik seni
tersebut, kegiatan mengenal kraf tradisional boleh dilaksanakan dengan adanya
roda pemutar tembikar disudut belakang bilik seni. Aktiviti membuat tembikar
boleh dilakukan dan ini memberi peluang kepada murid-murid merasai cara membuat
tembikar. Selain itu, bilik seni tersebut ada diletakkan sudut pameran kraf
dibahagian depan. Ini bertujuan memberi murid-murid pendedehan terhadap
kepelbagaian hasil seni kraf seperti tenunan, batik, anyaman, tembikar dan
sebagainya.
Kotak simpanan barang
diwujudkan di dalam bilik seni adalah bertujuan untuk menyimpan barang-barang
mengukir seperti dawai pemotong, penepik, alat pengukur dan sebagainya. Zon
bekerja juga sesuai untuk dijadikan tempat mengukir dan menghasilkan kraf
tradisional.
Contoh kegiatan
penghasilan seni anyaman
Kegiatan kraf tradisional yang
dijalankan di dalam kelas dapat memperkenalkan fungsi dan teknik membuat, alat
dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai suatu proses pembelajaran serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf dipelajari. Sudut pameran tokoh seni juga ada disediakan di dalam
bilik seni tersebut. Dengan ini memudahkan murid-murid mengenali tokoh-tokoh
seni tanah air sepanjang proses pembelajaran pendidikan seni visual ini.
4.0
KONSEP 5P DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan adalah
satu proses pengajaran yang menggabungkan beberapa jenis kemahiran dalam satu
matapelajaran atau beberapa pelajaran yang saling berkaitan. Pelbagai kemahiran
dapat dijalinkan atau digabungkan antara mata pelajaran lain. Dalam konsep
penggabungjalinan ini, ada tiga jenis penggabungjalinan yang boleh dilakukan
oleh guru dalam pengajarn dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya ialah,
pelbagai kemahiran boleh digabungkan dalam satu kemahiran iaitu menggabungjalin
beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran dan menggabungjalin kemahiran
beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Oleh itu, melalui proses
penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai dengan serentak.
Di samping itu, satu proses
pembelajaran akan lebih menarik dengan adanya gabungan dari pelbagai mata
pelajaran lain ke dalam mata pelajaran lain. Keadaan ini sedikit sebanyak
membolehkan murid menguasai kemahiran asas dengan lebih baik dan cepat.
Seterusnya, objektif konsep
ini adalah membolehkan murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih
bermakna. Selain itu, mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik. Begitu juga untuk menghasilkan pembelajaran
yang berkesan dan saling kukuh memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari. Tambahan lagi dapat membantu perkembangan individu yang seimbang
dan menyeluruh.
Proses penggabungjalinan
tidak akan dapat di capai sekiranya murid-murid tidak didedahkan dengan
kemahiran asas. Sebagai contoh, murid perlu tahu menulis dan membaca sebelum ke
peringkat seterusnya. Sekiranya ini tidak diberi perhatian oleh guru, objektif
pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dicapai. Guru
perlu lebih peka dengan keperluan menggabungjalinkan satu kemahiran dengan
kemahiran yang lain. Hal ini kebiasaannya berlaku secara spontan dan untuk
memberi kefahaman dan penerangan yang bermakna kepada murid.
Dalam konteks seni visual,
penggabungjalinan dapat dilaksanakan dengan menggabungkan mata pelajaran kajian
tempatan. Sebagai contoh, dalam subjek kajian tempatan, murid-murid mempelajari
tentang bendera, jadi dengan kemahiran yang ada, mereka melukis bendera di
samping mempelajari maksud dan sebagainya.
Sebagai tambahan, dalam
penggabungjalinan terdapat dua prinsip utama untuk penyampaian kemahiran dalam
satu pelajaran. Strateginya ialah menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu
mata pelajaran dan menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu
pelajaran. Dalam PSV penggabungajalinan kemahiran berbahasa juga digalakkan seperti
murid menceritakan semula karya mereka dengan membuat apresiasi ringkas. Hal
ini mampu untuk membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
4.2
Penyerapan
Penyerapan pula merupakan
proses menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu
mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang di
ajar. Unsur pengetahuan lebih diebri fokus berbanding penggabungjalinan. Dalam
proses ini murid-murid akan dapat melihat dan merasai perkaitan antara satu
mata pelajaran lain dengan yang lain.
Antara kelebihan konsep
penyerapan dalam pengajaran ialah pengajran menjadi lebih menarik walaupun
tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Begitu juga
dengan penguasaan ilmu oleh murid akan lebih luas kerana pelbagai maklumat
disampaikan dengan efektif. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari
pelbagai jenis warna di dalam pendidikan seni visual. Hal ini secara tidak
langsung menambah pembendaharaan kata mereka.
Dalam penyerapan juga boleh
dilihat pelbagai aspek pendidikan seperti dapat membentuk sikap ingin tahu dan membentuk
pemikiran yang rasional, logik, objektif, positif serta meningkatkan kepekaan
rerhadap alam sekeliling mereka Selain itu, hal ini juga dapat meluaskan ruang
untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, menambahkan kefahaman dan
kemahiran untuk mematuhi arahan serta peraturan melalui aktiviti yang
dijalankan.
4.3
Pengayaan
Pengayaan pula merupakan
aktiviti untuk murid-murid yang berpencapaian melibihi sederhana atau
murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid yang cerdas
adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan
kepada mereka.
Untuk melaksanakan konsep
ini dalam pengajaran dan pembelajran, guru perlu memberi penekanan terhadap perkembangan
murid-murid kerana mereka adalah berbeza-beza. Perbezaan murid-murid dapat
dilihat dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Selain itu, murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Begitu juga dapat memberikan bahan tambahan kepada murid
untuk mencungkil bakat mereka dengan memberikan bahan rangsangan sepeti tanah
liat, kertas dan kotak. Hal ini dapat meningkatkan daya pemikiran kritis dan
memperkaya kreativiti mereka.
4.4
Pemulihan
Konsep pemulihan memberi
fokus kepada murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pemulihan yang
diberi adalah bagi membantu murid yang tertentu menguasai kemahiran asas yang
belum diperoleh dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk pemulihan ini terdiri
daripada kad bergambar, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang
boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
sukar.
Dalam konteks PSV, dengan
cara melukis dan membuat apresiasi ringkas, murid-murid juga dapat membuat
pemulihan secara menyeronokkan. Oleh itu, perlaksanaan konsep ini perlu mengikut
kadar kemampuan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran supaya objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat di capai.
4.5
Penerapan
Penerapan merupakan konsep
yang menerapkan nilai-nilai dengan melalui beberapa pendekatan, seperti
pendekatan implisit dan eksplisit. Pendekatan implisit ini adalah secara tidak
langsung dimana murid-murid belajar daripada melihat dan memerhati. Sebagai
contoh, nilai seperti berpakaian kemas tidak di ajarkan secara langsung tetapi
dengan pemerhatian yang dilakukan terhadap orang yang berpakaian kemas secara
tidak langsung murid-murid akan belajar.
Pendekatan tersebut boleh
dilaksanakan secara merentas kurikulum serta dilakukan oleh semua guru dengan
memberi nasihat, bimbingan dan teguran. Sebagai contoh, dalam konteks PSV,
membasuh alatan yang telah digunakan dan membersihkan bilik PSV. Tambahan lagi,
pendekatan eksplisit ialah mengadakan satu peraturan khas atau yang bertulis tentang
sesuatu perkara. Murid-murid akan belajar untuk mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan di dalam kelas.
5.0
RUMUSAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai bidang seni.
Jadi guru memainkan peranan penting dalam merialisasikan tujuan tersebut. Guru
perlu menjadi pemudah cara dan menunjukkan contoh-contoh yang terbaik dalam
memupuk minat murid terhadap cintakan hasil kesenian. Dengan adanya susun atur
bilik darjah yang bagus, keempat-empat bidang PSV dapat dilaksanakan di samping
menerap pelbagai jenis kemahiran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Konsep 5P juga merupakan wadah yang boleh diguna pakai di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana integrasi antara pelbagai subjek memudahkan
penyampaian ilmu serta meningkatkan prestasi murid untuk menjadi yang terbaik.
REFLEKSI
Saya Muhamed Jabar Ainal Yakkin B. Yusuf
bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu
ini dengan jayanya. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah membuat
pembacaan dan rujukan ke atas beberapa sumber mengenai peranan guru PSV yang
berkesan dan susun atur bilik PSV. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya
telah memfokuskan kepada empat bidang PSV dalam mebuat pelan bilik PSV yang
baik. Di samping itu juga, saya telah membuat rujukan dan bacaan mengenai
konsep 5p dalam pengajarran dan pembelajaran.
Pada mula saya kurang memahami soalan tugasan
ini yang memerlukan saya untuk bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan
mengenai bagaimana untuk membuat satu tugasan yang baik. Setelah beberapa kali
membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, barulah saya dapat
memahami kehendak soalan kerja kursus ini. Melalui penerangan yang diberi saya
dapat membina keyakinan diri untuk merangka proses untuk melaksanakan tugasan
ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah
banyak mempelajari tentang peranan guru yang berkesan dan fungsi-fungsi sudut
dalam bilik seni dalam mengukuhkan PnP. Saya merasakan penguasaan terhadap
bidang ini semakin bagus dan ditambah pula dengan kecekapan dalam menerangkan
kegunaan bilik seni untuk melaksanakan bidang-bidang PSV tersebut. Tugasan ini juga
membuatkan saya lebih yakin untuk mengajar ketika berada di sekolah nanti.
Lebih-lebih lagi sebagai seorang guru saya berasa gembira kerana ini memudahkan
lagi pengajaran di dalam kelas bersama murid-murid.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini banyak
mengajar saya dan sebagai seorang guru saya perlu sentiasa peka dalam
pengajaran dan pembelajaran PSV agar saya dapat mengajar di samping menggunakan
bahan bantu mengajar dengan baik. Selain itu saya juga perlu peka terhadap
perubahan sistem pendidikan Malaysia supaya dapat mencari solusi dalam
pembelajaran dan pengajaran di sekolah nanti.
BIBLIOGRAFI
Rahmat Salihon, (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.
Selangor Darul Ehsan. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah. Pendidikan
Seni Visual
Pengurusan
Sumber dan bahan Bantu Mengajar.
Bantu-Mengajar
Pengurusan Studio
Seni. http://www.scribd.com/doc/83237231/PSV-Pengurusan
Guru PSV sebagai
pembimbing. http://www.slideshare.net/ana_ppg/peranan-guru
psv-sebagai-pembimbing
No comments:
Post a Comment