Sunday 3 April 2016

PSV - PERANAN GURU PSV YANG BERKESAN

1.0  PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi marcapada ini kearah celik budaya kesenian serta dapat merialisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dimana ia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Topik-topik yang diperkenalkan dalam pendidikan seni visual disesuaikan untuk menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. PSV juga lebih menjurus kepada seni tampak dan visual berbanding dengan seni lain seperti seni muzik, sastera, tari atau sebagainya.
PSV diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat di samping memperkembangkan kesedaran terhadap nilai-nilai seni dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Selain itu, sukatan pelajaran PSV disusun dalam empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kurikulum PSV menggariskan guru perlu memainkan pelbagai peranan bagi menentukan keberkesanan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.


2.0  KEPELBAGAIAN PERANAN YANG PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MENJADI GURU PSV YANG BERKESAN

Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, seseorang guru itu perlu menggunakan cara yang terbaik dalam melaksanakan aktiviti pengajajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu, dalam konteks Pendidikan Seni Visual, guru berperanan sebagai pemudah cara kepada murid di dalam kelas dimana guru perlu menunjukkan cara yang terbaik supaya murid-murid dapat belajar dengan sempurna. Sebagai pemudah cara, guru perlu berinteraksi dengan murid-murid supaya komunikasi sosial akan dapat diwujudkan. Menurut Lev Vygotsky, beliau percaya bahawa interaksi sosial kanak-kanak dengan orang lain yang lebih berpengetahuan memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Jadi guru seharusnya memberi panduan yang bagus kepada murid-murid agar mereka dapat belajar dengan baik dan seterusnya dapat melakukan kerja mereka dengan sendiri. Dari segi itu juga, murid-murid secara tidak langsung dapat belajar menghadapi dan menyelesaikan masalah harian termasuk cara mereka menimba ilmu.
Melihatkan kepada tujuan kurikulum Pendidikan Seni Visual diperkenalkankan ia adalah bertujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk minat dan memberi kesedaran terhadap nilai-nilai kesenian dalam diri mereka. Oleh itu guru memainkan peranan penting dalam memudah cara murid-murid untuk menimba seberapa banyak ilmu sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui pendidikan seni. Sebagai contoh, seorang murid dapat belajar perkataan baru seperti mengenal pelbagai jenis warna serta mengenal pelbagai jenis kata nama am melalui pendedahan seni visual oleh guru-guru di sekolah. Hal ini dapat dilihat ketika guru melakukan aktiviti seperti membuat kolaj gambar buah-buahan. Murid-murid dikehendaki mereka buah-buahan masing-masing dan menulis nama buah-buah tersebut. Jadi dengan ini mereka dapat mengenal nama-nama buah serta dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung menambah pembendaharaan kata murid-murid di sekolah.
Selain itu, bagi memupuk minat murid-murid, guru berperanan dengan memberi tunjuk ajar serta mendedahkan murid dengan pelbagai hasil seni kepada mereka. Sebagai contoh, murid-murid yang tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang lukisan mahupun apa bentuk karya seni visual sekalipun akan dapat memupuk minat mereka dengan bersama-sama terlibat dalam aktiviti melukis dan mewarna menerusi subjek Pendidikan Seni Visual. Dengan dorongan dan bantuan guru, mereka dapat berfikir bahawa melukis itu mudah dan dalam pada masa yang sama minat terhadap aktiviti kesenian akan meningkat. Tunjuk ajar yang diberikan juga perlu memberi fokus terhadap cara untuk menghasilkan karya seni seperti asas melukis dan sebagainya.
Selain daripada itu, murid-murid disekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Jadi, peranan guru sebagai pendidik haruslah mengembangkan sifat-sifat tersebut melalui persepsi visual, imanginasi dan meningkatkan daya pemikiran mereka. Sebagai contoh, guru boleh menunjukkan pelbagai hasil lukisan atau seni visual kepada murid-murid agar mereka dapat melibatkan diri dengan memberi komen serta membuat apresiasi seni. Usaha guru dalam mengembangkan sifat-sifat tersebut akan menghasilkan murid-murid yang mempunyai minda yang kritis dan kreatif.
Di samping itu juga, untuk menjadi guru PSV yang berkesan, guru perlu sentiasa peka terhadap perkembangan setiap anak muridnya. Setiap murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza, oleh itu, pendekatan setiap guru PSV juga perlu dipelbagaikan. Sebagai contoh, dalam sebuah kelas, ada beberapa orang murid yang tidak mempunyai kemahiran dalam seni, jadi guru perlu peka terhadap situasi ini dengan memberikan aktiviti yang mudah bagi murid-murid itu belajar di samping menerima apa yang diajarkan dalam kelas tersebut. Guru-guru juga perlu ingat bahawa murid-murid belajar dengan penglibatan aktif di dalam kelas. Kepekaan guru dalam hal ini memudahkan guru untuk mengajar serta melibatkan murid-muridnya secara aktif dalam aktiviti pendidikan seni. Hal ini juga mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan minda dengan baik.
Guru juga perlu memberi latruhan pengukuhan atau pemulihan bagi murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas seni. Dengan kepekaan guru, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti pengukuhan dengan baik supaya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Hal ini tidak boleh di pandang remeh kerana dengan tidak memberi penekanan terhadap latihan pengukuhan, murid-murid akan sedikit sebanyak tertinggal dalam proses pembelajaran di sekolah. Guru perlu peka dalam setiap perkembangan pembelajaran murid-murid supaya dapat menyediakan latihan yang sesuai bagi tahap mereka.
Di samping mempunyai sifat peka, guru perlu mempunyai sifat ramah dan dapat menghormati murid-murid kerana murid-murid sekolah rendah keseluruhannya mempunyai imaginasi yang tinggi dan kreatif. Oleh itu, guru harus menghormati setiap idea dan hasil kerja seni yang mereka hasilkan. Dengan ini murid-murid akan berasa diterima dalam proses pembelajaran justeru meningkatkan lagi produktiviti mereka yang kreatif dalam menghasilkan sebuah hasil seni yang bermutu.
Seterusnya, guru berperanan dalam membantu murid-murid memahami diri dan persekitaran mereka. Dengan pendedahan yang dilakukan oleh guru PSV dalam kelas seperti mengajar pelbagai jenis bidang kegiatan seni visual sedikit sebanyak membantu murid-murid untuk lebih menghargai nilai sesebuah hasil seni dan nilai-nilai yang baik dalam semua aspek kehidupan. Aktiviti seni visual dan muzik juga boleh diperkenalkan kerana dengan integrasi antara dua atau lebih pembelajaraan akan membantu proses perkembangan ilmu murid-murid. Muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda dalam alam  ini. Justerus itu, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
Tambahan lagi, guru yang berkesan ialah guru yang mampu untuk membimbing anak murid dalam mewujudkan suasana kelas yang kolaboratif dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya pembimbing yang bagus dalam pengalaman belajar murid, ini akan membantu mereka untuk menambah baik ilmu sedia dalam subjek PSV. Proses pembelajaran akan berlaku sekiranya murid-murid diberi peluang melakukan atau bertanggungjawab atas pembelajaran mereka. Sebagi contoh guru membimbing murid melakukan aktiviti melukis dimana guru menolong murid-murid memegang pensel dan menggunakan teknik yang betul.
Guru yang cemerlang juga perlu memainkan peranan sebagai motivator. Kebanyakan murid-murid yang baru mengenal dunia seni, mereka agak malu dan tidak bersemangat untuk bersama-sama menghasilkan karya seni. Pada mereka subjek pendidikan seni ini adalah subjek yang rumit kerana mereka juga beranggapan bahawa mereka tidak tahu untuk melukis jadi ia menjadi satu penghalang kepada mereka. Guru memainkan peranan sebagai motivator dengan memberi kata-kata semangat dan dorongan yang sepatutnya kepada murid-murid agar mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar, khususnya dalam subjek PSV. Dengan keyakinan yang tinggi murid-murid akan dapat belajar secara optimum dan menyeronokkan.
Selain itu, ia juga dapat memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Sebagai contoh, guru memberi peluang kepada murid-murid memilih bahan dan alat yang boleh digunakan untuk aktiviti seni visual. Peluang untuk memilih memberi satu keyakinan kepada mereka bahawa mereka bebas untuk memulakan hasil seni mereka tanpa rasa ragu-ragu. Begitu juga dengan memberi rangsangan seperti mempamerkan hasil seni mereka sebagai usaha bertesusan dalam memotivasikan murid dalam menghasilkan lagi karya seni di sampin merialisasikan objektif subjek Pendidikan Seni Visual.


3.0  SUSUN ATUR BILIK SENI VISUAL BAGI MELAKSANAKAN KEEMPAT-EMPAT BIDANG PSV KBSR YANG BERKESAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
 
                                                
Rajah 1: Empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual

Merujuk kepada sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia disusun  bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai bidang seni. Pengalaman seni ini adalah untuk mengalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Begitu juga pengalaman ini dapat diselaraskan dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor serta persepsi visual.
Setiap daripada empat bidang di atas menekankan aspek seperti pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan menggunakan bantuan alat dan bahan. Selain itu, aspek yang ditekankan dalam bidang-bidang tersebut ialah membuat apresiasi seni visual secara ringkas serta menghargai nilai-nilai seni yang baik. Daripada pembelajaran yang dapat daripada subjek ini, murid-murid dapat mempelajari pelbagai pengajaran dan ini dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.
Bagi melaksanakan keempat-empat bidang tersebut, susun atur bilik pendidikan seni perlu di ambil berat kerana pengurusan bilik seni merupakan aspek penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Bilik PSV bukan sahaja berfungsi sebagai ruang pembelajaran, malah ruang untuk interaksi antara murid dan guru. Susun atur yang baik dapat memudahkan pengurusan bahan-bahan pengajaran bagi melaksanakan pelbagai bidang pendidikan seni visual.
Kedudukan perabot termasuklah sususan meja dan kerusi perlu berada di tempat yang sesuai supaya guru dapat mengurus pergerakan dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Kedudukan yang baik menentukan suasana selamat, kondusif dan lancar.
Pengurusan bilik seni sekolah rendah dapat memberi guru peluang untuk mengambil pelbagai tindakan dan mengaplikasikan strategi bagi mengekalkan suasana yang menyeronokkan bagi menentukan proses pembelajaran yang efektif.
Berpandukan pelan bilik seni sekolah rendah, susun atur yang sesuai bagi melaksanakan keempat-empat bidang kegiatan PSV KBSR telah dirangka. Rujuk rajah 2.

 Rajah 2 : Pelan susun atur bilik seni sekolah rendah
Petunjuk
A
Meja dan kerusi
I
Sudut pameran 3 dimensi
B
Sudut info tokoh seni tanah air
J
Ruang kerja – arca/ukiran
C
Sudut pameran
K
Sudut pemaran kraf
D
Pameran gantung
L
Zon kerja
E
Sinki
M
Papan kenyataan
F
Roda pemutar tembikar
N
Almari
G
Kotak simpanan
O
Meja guru
H
Papan tulis
P
Rak berus dan warna


Susun atur bilik seni visual yang bagus dapat melaksanakan kepempat-empat bidang kegiatan seni visual yang menekankan terhadap pelbagai aspek kurikulum. Pertama sekali ialah bidang menggambar, dimana bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, sturktur, imbangan dan komposisi.
Rajah 2 menunjukkan pelan susun atur bilik seni sekolah rendah yang telah dirangka bagi tujuan melaksanakan bidang-bidang pendidikan seni visual dengan berkesan. Berdasarkan pelan susun atur teresebut, bidang kegiatan seperti lukisan, catan, kolaj, percikan dan sebagainya dapat dijalankan dengan sempurna kerana susun atur bilik darjah tersebut mempunyai ruang yang cukup bagi murid-murid menghasilkan hasil seni mereka. Tambahan pula dibahagian belakang bilik seni tersebut ada disediakan ruang bekerja. Disana mereka boleh membuat perbincangan serta mencari idea bagi menghasilkan karya yang ingin mereka hasilkan. Begitu juga dengan bahan-bahan asas seperti berus dan warna juga ada disediakan dan mudah untuk mereka mendapatkannya. Bahan-bahan tersebut diletakkan di kawasan berdekatan dengan sinki supaya mudah untuk membersihkan apabila sudah selesai menjalankan aktiviti kesenian.
Selain itu, dalam proses kegiatan menggambar, murid-murid perlu mempunyai daya imaginasi yang tinggi bagi menghasilkan karya yang bermutu. Oleh itu, sudut pameran juga disediakan bagi mebantu murid-murid mendapatkan idea mereka. Bidang ini juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Murid-murid bebas melakukan kerja mereka di dalam bilik seni supaya mereka dapat mengekspresikan idea dan daya imaginasi mereka dalam bentuk hasil kesenian.







Sudut pameran hasil seni murid
Sudut pameran hasil seni murid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mempamerkan hasil seni, bahkan ia menjadi satu dorongan secara tdiak langsung murid-murid merasakan diri mereka dihargai dan akan terus menghasilkan karya seni. Di samping itu, ia akan meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mempelajari subjek pendidikan seni. Bukan itu sahaja, malah dengan hasil seni yang mereka hasilkan, mereka juga akan dapat belajar pelbagai ilmu menerusi proses penggabung jalinan dalam mata pelajaran seni visual.
Papan pameran seni

Tambahan lagi, pengurusan bilik seni visual merupakan suatu aspek dalam konteks poses pengajaran dan pembelajaran PSV. Jadi guru perlu berusaha menjadikan bilik seni sebagai daya penarik dan sumber ilmu kepada murid untuk belajar dengan baik. Selain daripada hasil kerja murid, hasil kerja seni guru juga boleh dipamerkan di dalam bilik seni.  
Dalam pada masa yang sama, kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan dalam mempamer pelbagai jenis gambar seni lukisan alam sekitar di sudut pameran di dalam bilik seni.
Aktiviti melukis, membuat montaj, percikan dan pelbagai aktiviti menggambar lain dapat dijalankan dengan adanya meja yang luas dan murid-murid boleh duduk dalam kumpulan melakukan kerja bersama-sama. Begitu juga dengan ruang bahagian depan kelas memudahkan murid-murid dan guru mempersembahkan hasil seni dan apresiasi hasil kerja mereka. Kegiatan menggambar juga dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, sususan dan kesannya. Ini sedikit sebanyak membolehkan murid-murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan melakukan sesuatu kerja.
Jadi dengan kegiatabn seni ini, apresiasi seni visual dapat dilakukan agar murid-murid dapat pengalaman mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dar segi keindahan dan fungsi. Dengan adanya ruang yang cukup, murid-murid dapat melibatkan diri dengan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melaui hasil kerja.
   
Contoh hasil kolaj murid-murid

Seterusnya, bidang membuat corak dan rekaan pula memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil deripada bidang kegiatan lain seperi binaan, kraf dan sebagainya. Kegiatan yang menghasilkan corak adalah seperti pualaman, titisan, ikatan dan celupan, renjisan, dan tiupan. Corak yang dihasilkan adalah corak tidak terancang.

Kegiatan menghasilkan corak dari teknik pualaman
Contoh kegiatan menghasilkan corak dari teknik ikatan dan celupan

Penghasilan corak dari teknik renjisan

Bagi melaksanakan aktiviti membuat corak dan rekaan, murid-murid memerlukan bahan-bahan dan seperti warna, kertas berus dan sebagainya. Jadi, berdasarkan susun atur bil seni visual tersebut, bahan-bahan seni diletakkan derdekatan dengan antara satu sama lain supaya memudahkan aktiviti membuat corak dapat dilaksankan dengan sempurna.

       
Contoh bahan-bahan kegiatan melukis
Selain daripada corak tidak terancang, corak terancang juga dapat dilaksanakan dengan kegiatan melukis, kolaj, kaligrafi, cetakan, resis dan sebagainya. Bidang ini secara tidak langsung membolehkan murid mengenali pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Contoh penghasilan corak menimbulkan unsur harmoni
Bidang ini bukan sahaja menekankan pelbagai aspek kurikulum PSV, malah membolehkan murid-murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan. Pengurusan bilik seni dengan susun atur yang terancang, murid-murid dapat mengekspresikan hasil seni dengan mudah kerana pelbagai kemudahan dapat di gunakan dalam melaksanakan aktiviti membuat corak. Kemudahan sinki di dalam bilik seni juga memudahkan kegiatan membuat corak kerana memudahkan urusan pembersihan alatan dan menggunakan air sebagai medium membuat corak.
Selain daripada kegiatan membuat corak dan rekaan, bidang kegiatan lain juga boleh di aplikasikan di dalam bilik seni seperti membentuk dan membuat binaan. Bidang kegiatan seni ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Murid-murid akan lebih paham dan jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Contoh pembinaan model
Selain pembinaan model, murid-murid juga boleh mengaplikasikan kegiatan ini dengan membuat boneka atau topeng. Ini juga dapat mendedahkan murid dengan penggunaan bahan, alat, dan teknik penghasilan. Dengan ini, murid-murid juga dapat melakukan kerja secara kreatif dan berinteraksi dengan berkesan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Contoh kegiatan membuat topeng

Contoh hasil binaan tiga dimensi murid
           
            Kegiatan membuat binaan juga merangkumi aktiviti membina arca dan mobail. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Berdasarkan pelan bilik seni tersebut, bagi melaksanakan aktiviti membuat arca dan sebaginya ada disediakan di belakang kelas dengan meja yang luas. Jadi murid-murid boleh menggunakan ruang yang ada untuk menghasilkan arca mereka dengan keadaam yang selesa. kedudukan meja kerja adalah amat sesuai agar guru dapat menguruskan bilik seni dengan baik dan terancang.
Kegiatan yang terakhir ialah mengenal kraf tradisional. Guru memainkan peranan penting dalam memberi input dan memperkenalkan kraf tradisonal negara Malaysia. Kraf tradisional adalah kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta masyarakat yang diwarisi turun-temurun.
Berpandukan pelan bilik seni tersebut, kegiatan mengenal kraf tradisional boleh dilaksanakan dengan adanya roda pemutar tembikar disudut belakang bilik seni. Aktiviti membuat tembikar boleh dilakukan dan ini memberi peluang kepada murid-murid merasai cara membuat tembikar. Selain itu, bilik seni tersebut ada diletakkan sudut pameran kraf dibahagian depan. Ini bertujuan memberi murid-murid pendedehan terhadap kepelbagaian hasil seni kraf seperti tenunan, batik, anyaman, tembikar dan sebagainya.
Kotak simpanan barang diwujudkan di dalam bilik seni adalah bertujuan untuk menyimpan barang-barang mengukir seperti dawai pemotong, penepik, alat pengukur dan sebagainya. Zon bekerja juga sesuai untuk dijadikan tempat mengukir dan menghasilkan kraf tradisional.

Contoh kegiatan penghasilan seni anyaman

Kegiatan kraf tradisional yang dijalankan di dalam kelas dapat memperkenalkan fungsi dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai suatu proses pembelajaran serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf dipelajari. Sudut pameran tokoh seni juga ada disediakan di dalam bilik seni tersebut. Dengan ini memudahkan murid-murid mengenali tokoh-tokoh seni tanah air sepanjang proses pembelajaran pendidikan seni visual ini.


4.0  KONSEP 5P DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1  Penggabungjalinan
Penggabungjalinan adalah satu proses pengajaran yang menggabungkan beberapa jenis kemahiran dalam satu matapelajaran atau beberapa pelajaran yang saling berkaitan. Pelbagai kemahiran dapat dijalinkan atau digabungkan antara mata pelajaran lain. Dalam konsep penggabungjalinan ini, ada tiga jenis penggabungjalinan yang boleh dilakukan oleh guru dalam pengajarn dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya ialah, pelbagai kemahiran boleh digabungkan dalam satu kemahiran iaitu menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran dan menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Oleh itu, melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai dengan serentak. 
Di samping itu, satu proses pembelajaran akan lebih menarik dengan adanya gabungan dari pelbagai mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran lain. Keadaan ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran asas dengan lebih baik dan cepat.
Seterusnya, objektif konsep ini adalah membolehkan murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih bermakna. Selain itu, mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Begitu juga untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan saling kukuh memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari. Tambahan lagi dapat membantu perkembangan individu yang seimbang dan menyeluruh.
Proses penggabungjalinan tidak akan dapat di capai sekiranya murid-murid tidak didedahkan dengan kemahiran asas. Sebagai contoh, murid perlu tahu menulis dan membaca sebelum ke peringkat seterusnya. Sekiranya ini tidak diberi perhatian oleh guru, objektif pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dicapai. Guru perlu lebih peka dengan keperluan menggabungjalinkan satu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Hal ini kebiasaannya berlaku secara spontan dan untuk memberi kefahaman dan penerangan yang bermakna kepada murid.
Dalam konteks seni visual, penggabungjalinan dapat dilaksanakan dengan menggabungkan mata pelajaran kajian tempatan. Sebagai contoh, dalam subjek kajian tempatan, murid-murid mempelajari tentang bendera, jadi dengan kemahiran yang ada, mereka melukis bendera di samping mempelajari maksud dan sebagainya.
Sebagai tambahan, dalam penggabungjalinan terdapat dua prinsip utama untuk penyampaian kemahiran dalam satu pelajaran. Strateginya ialah menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran dan menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Dalam PSV penggabungajalinan kemahiran berbahasa juga digalakkan seperti murid menceritakan semula karya mereka dengan membuat apresiasi ringkas. Hal ini mampu untuk membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

4.2  Penyerapan
Penyerapan pula merupakan proses menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang di ajar. Unsur pengetahuan lebih diebri fokus berbanding penggabungjalinan. Dalam proses ini murid-murid akan dapat melihat dan merasai perkaitan antara satu mata pelajaran lain dengan yang lain.
Antara kelebihan konsep penyerapan dalam pengajaran ialah pengajran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Begitu juga dengan penguasaan ilmu oleh murid akan lebih luas kerana pelbagai maklumat disampaikan dengan efektif. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari pelbagai jenis warna di dalam pendidikan seni visual. Hal ini secara tidak langsung menambah pembendaharaan kata mereka.
Dalam penyerapan juga boleh dilihat pelbagai aspek pendidikan seperti dapat membentuk sikap ingin tahu dan membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, positif serta meningkatkan kepekaan rerhadap alam sekeliling mereka Selain itu, hal ini juga dapat meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan serta peraturan melalui aktiviti yang dijalankan.

4.3  Pengayaan
Pengayaan pula merupakan aktiviti untuk murid-murid yang berpencapaian melibihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid yang cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.
Untuk melaksanakan konsep ini dalam pengajaran dan pembelajran, guru perlu memberi penekanan terhadap perkembangan murid-murid kerana mereka adalah berbeza-beza. Perbezaan murid-murid dapat dilihat dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Selain itu, murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Begitu juga dapat memberikan bahan tambahan kepada murid untuk mencungkil bakat mereka dengan memberikan bahan rangsangan sepeti tanah liat, kertas dan kotak. Hal ini dapat meningkatkan daya pemikiran kritis dan memperkaya kreativiti mereka.

4.4  Pemulihan
Konsep pemulihan memberi fokus kepada murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pemulihan yang diberi adalah bagi membantu murid yang tertentu menguasai kemahiran asas yang belum diperoleh dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk pemulihan ini terdiri daripada kad bergambar, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Dalam konteks PSV, dengan cara melukis dan membuat apresiasi ringkas, murid-murid juga dapat membuat pemulihan secara menyeronokkan. Oleh itu, perlaksanaan konsep ini perlu mengikut kadar kemampuan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat di capai.

4.5  Penerapan
Penerapan merupakan konsep yang menerapkan nilai-nilai dengan melalui beberapa pendekatan, seperti pendekatan implisit dan eksplisit. Pendekatan implisit ini adalah secara tidak langsung dimana murid-murid belajar daripada melihat dan memerhati. Sebagai contoh, nilai seperti berpakaian kemas tidak di ajarkan secara langsung tetapi dengan pemerhatian yang dilakukan terhadap orang yang berpakaian kemas secara tidak langsung murid-murid akan belajar.
Pendekatan tersebut boleh dilaksanakan secara merentas kurikulum serta dilakukan oleh semua guru dengan memberi nasihat, bimbingan dan teguran. Sebagai contoh, dalam konteks PSV, membasuh alatan yang telah digunakan dan membersihkan bilik PSV. Tambahan lagi, pendekatan eksplisit ialah mengadakan satu peraturan khas atau yang bertulis tentang sesuatu perkara. Murid-murid akan belajar untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam kelas.
5.0  RUMUSAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai bidang seni. Jadi guru memainkan peranan penting dalam merialisasikan tujuan tersebut. Guru perlu menjadi pemudah cara dan menunjukkan contoh-contoh yang terbaik dalam memupuk minat murid terhadap cintakan hasil kesenian. Dengan adanya susun atur bilik darjah yang bagus, keempat-empat bidang PSV dapat dilaksanakan di samping menerap pelbagai jenis kemahiran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan wadah yang boleh diguna pakai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana integrasi antara pelbagai subjek memudahkan penyampaian ilmu serta meningkatkan prestasi murid untuk menjadi yang terbaik.



REFLEKSI

Saya Muhamed Jabar Ainal Yakkin B. Yusuf bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Literasi Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah membuat pembacaan dan rujukan ke atas beberapa sumber mengenai peranan guru PSV yang berkesan dan susun atur bilik PSV. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya telah memfokuskan kepada empat bidang PSV dalam mebuat pelan bilik PSV yang baik. Di samping itu juga, saya telah membuat rujukan dan bacaan mengenai konsep 5p dalam pengajarran dan pembelajaran.
Pada mula saya kurang memahami soalan tugasan ini yang memerlukan saya untuk bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan mengenai bagaimana untuk membuat satu tugasan yang baik. Setelah beberapa kali membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, barulah saya dapat memahami kehendak soalan kerja kursus ini. Melalui penerangan yang diberi saya dapat membina keyakinan diri untuk merangka proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mempelajari tentang peranan guru yang berkesan dan fungsi-fungsi sudut dalam bilik seni dalam mengukuhkan PnP. Saya merasakan penguasaan terhadap bidang ini semakin bagus dan ditambah pula dengan kecekapan dalam menerangkan kegunaan bilik seni untuk melaksanakan bidang-bidang PSV tersebut. Tugasan ini juga membuatkan saya lebih yakin untuk mengajar ketika berada di sekolah nanti. Lebih-lebih lagi sebagai seorang guru saya berasa gembira kerana ini memudahkan lagi pengajaran di dalam kelas bersama murid-murid.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini banyak mengajar saya dan sebagai seorang guru saya perlu sentiasa peka dalam pengajaran dan pembelajaran PSV agar saya dapat mengajar di samping menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik. Selain itu saya juga perlu peka terhadap perubahan sistem pendidikan Malaysia supaya dapat mencari solusi dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah nanti.





BIBLIOGRAFI

Rahmat Salihon, (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.
Selangor Darul Ehsan. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah. Pendidikan Seni Visual

Pengurusan Sumber dan bahan Bantu Mengajar.
         Bantu-Mengajar                


psv-sebagai-pembimbing


No comments:

Post a Comment